KELAB SAMPUL DUIT RAYA - PENGENALAN
PENGENALAN
08FEB21
Buat rakan-rakan yang sehobi dengan saya.
Sekadar koleksi saya.
Izinkan saya mengucapkan terimakasih kepada rakan-rakan yang seangkatan yang membantu saya mengumpul SDR in sejak empat tahun yang lalu.
(nota:SDR- sampul duit raya atau AP-ang pow paket)
Pertama kalinya, saya menerima kunjungan Tuan Haji Nasir yang datang ke rumah saya.
Sewaktu itu adik saya yang benar-benar mengumpulnya dan berkesempatan berjumpa dengannya di rumah saya (kira-kira 5 tahun lalu). Maka bermulalah hobi saya yang tidak disengajakan.
KATEGORI SDR
Kategori SDR boleh dibahagikan kepada 3 perayaan (ada juga yang lain-lain seperti Hari Gawai):-
a.Hari raya
b.Tahun baru China @ Gong Xi Fa Cai
c.Deepavali
SDR mengikut tema
Untuk memudahkan pengumpulnya, ianya dibahagikan mengikut kumpulannya seperti bank-bank tempatan, syarikat perniagaan atu pusat membeli belah , syarikat komunikasi dan lain-lain.
Antara koleksi yang saya suka adalah bidang pengangkutan udara (Air Transport), lebih-lebih lagi saya bertugas dengan salah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia.
KELAB SDR
Antara yang saya sertai fb HOBI KUMPUL SAMPUL DUIT RAYA untuk bertukar SDR.
Forum ini turut mendaftar ahlinya dan mengadakan perjumpaan seperti di Johor Bahru dan Ipoh.
Ini diusahakan oleh Tuan Haji Nasir dan rakan-rakan. Kumpulan ini mencecah lebih 6000 orang
Ada juga forum lain seperti fb KKSP (KOLEKSI KAD DAN SAMPUL PERAYAAN) yang diasaskan oleh Saudara Azizan dan rakan-rakannya. Kumpulan ini turut mengadakan perjumpaan secara tahunan di Puchong (saya sempat hadir dua kali). Kumpulan ini mencecah lebih 1400 orang.
Bagi yang nak membeli atau menjual, fb seperti PASAR SAMPUL DUIT RAYA juga wujud.
Harganya pelbagai dari serendah RM1 dan boleh mencecah sehingga RM30 sekeping (SDR yang lama atau klasik dan sukar untuk dicari lagi)
Cabaran mengumpul SDR
Ekoran daripada pandemik COVID19, pengeluaran SDR berkurangan daripada syarikat-syarikat tempatan sejak tahun 2020 hinggalah sekarang.
Ada juga dikalangan pengumpul yang menipu rakan-rakan dengan tidak memberi SDR yang ditawarkan. Sebaliknya, ada yang hilang setelah duit diambil bagi pembelian SDR.
Mengumpul SDR daripada syarikat berjenama seperti BMW,Mercedes ataupun kompleks membeli belah yang berprestij tinggi seperti Pavillion,Kuala Lumpur juga kadang-kadang menyukarkan pengumpul.
PENGHARGAAN BUAT RAKAN-RAKAN SDR
Akhir kalam, izinkan sya mengucapkan terimakasih kepada rakan-rakan SDR yang saya kenali secara langsung atau tidak- Azizan,Ian Choong, Masfaridatul,Ellie Shir,Fiza Ayop, Tarmizi, Zuraidah Malik, Norzida, Jacqueline Chew, Hj.Nasir, Mohd Mazuwan, Ismail Yahya, Yee Ai Jian, Bong, Nor Tukichan,Yantti, Farlina, Rodziah,...... (maaf tak semua nama disenaraikan di sini).
#SDR
Comments
Post a Comment