Kuala Lumpur. 26April 2022 Mungkin tahun ini (2022) tidak lagi muram buat pengumpul SDR ekoran penamatan PKP (dan bermulanya fasa Endemik COVID19) , masanya untuk mengumpul semula SDR dengan aktifnya. Agak mengecewakan bila syarikat-syarikat besar seperti bank tempatan kurang mencetak SDR. Bila saya ke Ambank baru-baru ini dikhabarkan SDR belum sampai lagi. Lain pula ceritanya di Bank Rakyat hari ini bila kakitangannya memberi alasan DAH habis memandangkan permintaan melebihi pengeluaran SDR. Pendek ceritanya, Pengumpul SDR kenalah banyak bersabar. Teruskan usaha. DONOT GIVE UP. Kotak SDR Citibank untuk 2022 SDR CITIBANK 2022 Untuk julung kalinya, seseorang menegur saya (rakan pejabat yang tidak dikenali) dan memberi 1 pek sampul raya daripada Citibank sewaktu memakir kenderaan ke masjid. Alhamdulillah. Set SDR Citi mengandungi 4 SDR yang berlainan corak/warnanya. Kebetulan, rakan SDR yang pertama ingin menukar SDR tahun ini dengan saya menerima 1 set SDR Citi. MR DIY SDR2022 4 corak y...
Masih ada lagi SDR yang dicetak oleh syarikat-syarikat besar walaupun agak terhad berbanding tahun-tahun sebelumnya (sebelum 2019) ekoran wabak COVID19. Antara koleksi yang saya dapat 1.IKEA -Gedung peralatan rumah yang terkenal di Malaysia. Secara kebetulan, saya membeli barangan rumah sewaktu bulan puasa. 2.Public Bank -dikeluarkan dalam dua jenis, kecil dan panjang. Kredit to Kak Fiza. 3.Untuk pertama kalinya, saya dapat J dan T, salah sebuah syarikat penghantar barangan yang agak dikenali sejak COVID19. Menghantar kuih raya dan kacang kepada pelanggan saya di bulan puasa. 4.Bank Islam. 5.Kedai Kek Antara kedai pembekal barangan untuk kuih dan kek, BAKE WITH YEN turut mengeluarkan SDR sebagai galakan kepada pelanggannya yang meraikan Hari Raya. #SDR2021
Comments
Post a Comment