Posts

Showing posts from April, 2022

2022 ERA ENDEMIK COVID19

Image
Kuala Lumpur. 26April 2022 Mungkin tahun ini (2022) tidak lagi muram buat pengumpul SDR ekoran penamatan PKP (dan bermulanya fasa Endemik COVID19) , masanya untuk mengumpul semula SDR dengan aktifnya. Agak mengecewakan bila syarikat-syarikat besar seperti bank tempatan kurang mencetak SDR. Bila saya ke Ambank baru-baru ini dikhabarkan SDR belum sampai lagi. Lain pula ceritanya di Bank Rakyat hari ini bila kakitangannya memberi alasan DAH habis memandangkan permintaan melebihi pengeluaran SDR. Pendek ceritanya, Pengumpul SDR kenalah banyak bersabar. Teruskan usaha. DONOT GIVE UP. Kotak SDR Citibank untuk 2022 SDR CITIBANK 2022 Untuk julung kalinya, seseorang menegur saya (rakan pejabat yang tidak dikenali) dan memberi 1 pek sampul raya daripada Citibank sewaktu memakir kenderaan ke masjid. Alhamdulillah. Set SDR Citi mengandungi 4 SDR yang berlainan corak/warnanya. Kebetulan, rakan SDR yang pertama ingin menukar SDR tahun ini dengan saya menerima 1 set SDR Citi. MR DIY SDR2022 4 corak y