2022 ERA ENDEMIK COVID19

Kuala Lumpur.

26April 2022

Mungkin tahun ini (2022) tidak lagi muram buat pengumpul SDR ekoran penamatan PKP (dan bermulanya fasa Endemik COVID19) , masanya untuk mengumpul semula SDR dengan aktifnya.

Agak mengecewakan bila syarikat-syarikat besar seperti bank tempatan kurang mencetak SDR.

Bila saya ke Ambank baru-baru ini dikhabarkan SDR belum sampai lagi. Lain pula ceritanya di Bank Rakyat hari ini bila kakitangannya memberi alasan DAH habis memandangkan permintaan melebihi pengeluaran SDR.

Pendek ceritanya, Pengumpul SDR kenalah banyak bersabar. Teruskan usaha. DONOT GIVE UP.

Kotak SDR Citibank untuk 2022
SDR CITIBANK 2022

Untuk julung kalinya, seseorang menegur saya (rakan pejabat yang tidak dikenali) dan memberi 1 pek sampul raya daripada Citibank sewaktu memakir kenderaan ke masjid. Alhamdulillah.
Set SDR Citi mengandungi 4 SDR yang berlainan corak/warnanya. Kebetulan, rakan SDR yang pertama ingin menukar SDR tahun ini dengan saya menerima 1 set SDR Citi.




MR DIY SDR2022

4 corak yang berbeza dan dalam saiz kecil, MR DIY memberi pelanggannya SDR ini bagi setiap pembelian RM30. Mungkin sesuai untuk anak-anak kecil menerimanya.




Comments

Popular posts from this blog

KELAB SAMPUL DUIT RAYA - PENGENALAN