Posts

2022 ERA ENDEMIK COVID19

Image
Kuala Lumpur. 26April 2022 Mungkin tahun ini (2022) tidak lagi muram buat pengumpul SDR ekoran penamatan PKP (dan bermulanya fasa Endemik COVID19) , masanya untuk mengumpul semula SDR dengan aktifnya. Agak mengecewakan bila syarikat-syarikat besar seperti bank tempatan kurang mencetak SDR. Bila saya ke Ambank baru-baru ini dikhabarkan SDR belum sampai lagi. Lain pula ceritanya di Bank Rakyat hari ini bila kakitangannya memberi alasan DAH habis memandangkan permintaan melebihi pengeluaran SDR. Pendek ceritanya, Pengumpul SDR kenalah banyak bersabar. Teruskan usaha. DONOT GIVE UP. Kotak SDR Citibank untuk 2022 SDR CITIBANK 2022 Untuk julung kalinya, seseorang menegur saya (rakan pejabat yang tidak dikenali) dan memberi 1 pek sampul raya daripada Citibank sewaktu memakir kenderaan ke masjid. Alhamdulillah. Set SDR Citi mengandungi 4 SDR yang berlainan corak/warnanya. Kebetulan, rakan SDR yang pertama ingin menukar SDR tahun ini dengan saya menerima 1 set SDR Citi. MR DIY SDR2022 4 corak y

SDR 2021 (1)

Image
  Masih ada lagi SDR yang dicetak oleh syarikat-syarikat besar walaupun agak terhad berbanding tahun-tahun sebelumnya (sebelum 2019) ekoran wabak COVID19. Antara koleksi yang saya dapat 1.IKEA -Gedung peralatan rumah yang terkenal di Malaysia.    Secara kebetulan, saya membeli barangan rumah sewaktu bulan      puasa. 2.Public Bank -dikeluarkan dalam dua jenis, kecil dan panjang. Kredit to Kak Fiza. 3.Untuk pertama kalinya, saya dapat J dan T, salah sebuah syarikat penghantar barangan yang agak dikenali sejak COVID19. Menghantar kuih raya dan kacang kepada pelanggan saya di bulan puasa. 4.Bank Islam. 5.Kedai Kek   Antara kedai pembekal barangan untuk kuih dan kek, BAKE WITH YEN turut mengeluarkan SDR sebagai galakan kepada pelanggannya yang meraikan Hari Raya. #SDR2021

SDR - TEMA- SYARIKAT PENGELUAR KENDERAAN

Image
 Koleksi MENGIKUT tema seperti syarikat pengeluar kendaraan di Malaysia tak kurang hebatnya. Cuma agak sukar untuk mendapat SDR/AP bagi kereta-kereta mewah seperti BMW,Porsche. Namun, kadang-kadang nasib menyebelahi kita bila ada rakan-rakan yang sudi memberinya secara percuma. Antara Koleksi saya:- 1.HONDA (KERETA)

PAVILION KUALA LUMPUR

Image
 Antara koleksi yang saya kumpul- Pavillion Kuala Lumpur. 2017: Nota: Terimakasih kepada rakan saya yang sudi menyimpan SDR/AP buat saya. #PAVILION KL

ANGPOW PACK BY YEAR

Image
 Uniknya Pek Angpow (AP) dikeluarkan mengikut tema setiap tahun -mengikut kalendar Cina yang berdasarkan kepada 12 binatang. Untuk tahun 2021, ia adalah Tahun Lembu. Antara AP yang dikeluar pada CNY2021:-   Affin Bank CIMB 2019

SDR

Image
Antara koleksi saya (AP Malaysia Airlines) MH Insurance- CNY Pertemuan pertama kali bersama rakan-rakan SDR di Puchong. Bersama Kak Fauziah, Kak Elly,Mas .

KELAB SAMPUL DUIT RAYA - PENGENALAN

Image
PENGENALAN  08FEB21 Buat rakan-rakan yang sehobi dengan saya. Sekadar koleksi saya. Izinkan saya mengucapkan terimakasih kepada rakan-rakan yang seangkatan yang membantu saya mengumpul SDR in sejak empat tahun yang lalu.  (nota:SDR- sampul duit raya atau AP-ang pow paket) Pertama kalinya, saya menerima kunjungan Tuan Haji Nasir yang datang ke rumah saya. Sewaktu itu adik saya yang benar-benar mengumpulnya dan berkesempatan berjumpa dengannya di rumah saya (kira-kira 5 tahun lalu). Maka bermulalah hobi saya yang tidak disengajakan.  KATEGORI SDR Kategori SDR boleh dibahagikan kepada 3 perayaan (ada juga yang lain-lain seperti Hari Gawai):- a.Hari raya  b.Tahun baru China @ Gong Xi Fa Cai  c.Deepavali  SDR mengikut tema Untuk memudahkan pengumpulnya, ianya  dibahagikan mengikut kumpulannya seperti bank-bank tempatan, syarikat perniagaan atu pusat membeli belah , syarikat komunikasi dan lain-lain.  Antara koleksi yang saya suka adalah bidang pengangkutan udara (Air Transport), lebih-lebi