PENGENALAN 08FEB21 Buat rakan-rakan yang sehobi dengan saya. Sekadar koleksi saya. Izinkan saya mengucapkan terimakasih kepada rakan-rakan yang seangkatan yang membantu saya mengumpul SDR in sejak empat tahun yang lalu. (nota:SDR- sampul duit raya atau AP-ang pow paket) Pertama kalinya, saya menerima kunjungan Tuan Haji Nasir yang datang ke rumah saya. Sewaktu itu adik saya yang benar-benar mengumpulnya dan berkesempatan berjumpa dengannya di rumah saya (kira-kira 5 tahun lalu). Maka bermulalah hobi saya yang tidak disengajakan. KATEGORI SDR Kategori SDR boleh dibahagikan kepada 3 perayaan (ada juga yang lain-lain seperti Hari Gawai):- a.Hari raya b.Tahun baru China @ Gong Xi Fa Cai c.Deepavali SDR mengikut tema Untuk memudahkan pengumpulnya, ianya dibahagikan mengikut kumpulannya seperti bank-bank tempatan, syarikat perniagaan atu pusat membeli belah , syarikat komunikasi dan lain-lain. Antara koleksi yang saya suka adalah bidang pengang...